Struktur Asas Sistem Pengoperasian
Keupayaan sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya. Misalnya Unix, sistemnya mengandungi beberapa keperluan di antaranya :
Sistem pengoperasian
Contoh : program loader, arahan penterjemah
Bahasa pemproses
Contoh : compiler dan linker C
Utiliti
Contoh : teks editor, terminal emulator
Subrutin library
Contoh : lib.c, include fail
Sumber bahan-bahan fizikal sistem pengoperasian : pemproses, ingatan utama, storan sekunder, peranti i/o.
Perkhidmatan yang diberi oleh sistem pengoperasian : antaramuka pengguna, keselamatan data.
Secara amnya sistem pengoperasian ialah program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel).
STRUKTUR SISTEM PENGOPERASIAN
Rajah 2.1 di bawah menunjukkan struktur bagi Sistem Pengoperasian di mana terdapat bahagian-bahagian Program Aplikasi dan juga Sistem Program.
STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN
Perkakasan
Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.
Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.
Perisian
Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan
Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.
Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN
Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :-
Serentak
Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.
Masalah : 1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti
yang lain
Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.
Perkongsian
Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut :
Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.
Kongsi aturcara dan rutin
Kongsi data
Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.
Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :
Storan Jangka Panjang
Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :
Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah
Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN
Keberkesanan (cekap dan tepat)
Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :
Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.
Kebolehpercayaan
Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.
Mudah Diselenggarakan
Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.
Saiz Kecil
Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

- Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.
Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.
Kongsi aturcara dan rutin
- Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya.
Kongsi data
Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.
Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :
- Peruntukkan sumber bahan
- Capaian data
- Perlaksanaan aturcara dengan serentak
- Perlindungan data dari kerosakan
Storan Jangka Panjang
Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :
Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah
Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN
Keberkesanan (cekap dan tepat)
Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :
- Masa purata di antara kerja-kerja
- Masa pemproses pusat yang terbuang
- Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok
- Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda
- Penggunaan sumber-sumber sistem komputer
Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.
Kebolehpercayaan
Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.
Mudah Diselenggarakan
Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.
Saiz Kecil
Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.
0 comments:
Post a Comment