Konsep Umum Sistem Pengoperasian
Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.
Dalam bidang perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer. Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya, semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.
Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.
Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.
Sistem pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu komputer. Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna, menjadualkan kerja, menguruskan storan dan mengendalikan komunikasi dengan persisian. Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.
Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-
Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
Mengendalikan input output
Mengendalikan sampukan
Menguruskan ingatan
Definisi Sistem Pengoperasian
Kegunaan Sistem pengoperasian
Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
Mengendalikan input output
Mengendalikan sampukan
Menguruskan ingatan
0 comments:
Post a Comment