Sunday, 10 May 2015

Buat Aplikasi Android Sendiri

         

         Cara buat aplikasi android mudah tampa perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan.apa yang perlu tahu adalah kebanyakan pembuat atau developer aplikasi android ini menggunakan Software atau studio untuk membangunkan aplikasi android .Game serta aplikasi yang mempunyai grafik yang cantik dilakukan oleh pakar pengaturcaraan dengan bantuan software dan studio.

   Untuk pengetahui Aplikasi yang terdapat dalam google play mempunyai aplikasi yang dibangunkan oleh developer yang tidak mempunyai keparan dalam bidang pengaturcaraan.ia dibangungan dengan bantuan software yang mempunyai fungsi sebagai pembuat aplikasi yang simple dan tidak dapat diubah cara penampilannya kerana terhad.Kebanyakan software yang terdapat adalah berbayar.Terdapat juga Software yang tidak berbayar tapi cara penggunaan adalah dengan bahasa pengaturcaraan.

      Kembali kepada tajuk untuk membuat aplikasi android tampa memasukkan kod programming ada caranya lagi dengan laman web yang menyediakan tempat untuk membina aplikasi yang mudah.Dengan laman web ini juga terdapat versi percuma dan juga versi pro yang berbayar.versi percuma apabila anda membina satu aplikasi ia akan menimbulkan iklan mereka kedalam aplikasi yang dibuat oleh kita dan pembinaan aplikasi adalah terhad.Untuk versi Pro yang berbayar ia mempunyai kelebihan kepada kita kerana aplikasi tersebut boleh diletakkan iklan sendiri seperti iklan Admob dan sebagainya.

         Dibawah ini adalah senarai nama laman web yang menyediakan perkhidmatan bagi sesiapa yang ingin membuat aplikasi android.



1. Appery.io

2. Mobile Roadie

3. TheAppBuilder

4. Good Barber

5. Appy Pie

6. AppMachine

7. GameSalad

8. BiznessApps

9. AppMakr

10. ShoutEm

11.Appgeyser

11.Andromo

         Untuk pengetahui penggunaan laman web yang mudah untuk  membuat aplikasi anda disarankan mencuba appgeyser dan andromo.Selamat mencuba.   

Saturday, 9 May 2015

Apa itu Proxy dan Fungsi Proxy di Internet?


Apa itu Proxy dan Fungsi Proxy di Internet?



         Proxy berasal dari bahasa Latin proximus, yang bermakna dekat. Proxy server adalah sebuah server yang membantu kita untuk mengekalkan privasi kita dalam mengakses Internet. Masa kita mengakses Internet menggunakan proxy, web page yang kita kunjungi tidak akan dapat melihat kita. Web page tersebut hanya akan melihat proxy yang kita gunakan saja. Proxy server beroperasi sebagai berikut.

         Client bersambung dengan proxy server, dan meminta perkhidmatan tertentu seperti fail, sambungan, akses web page ataupun lainnya. Proxy server kemudian menilai permintaan perkhidmatan tersebut sesuai dengan peraturan penapisnya.

          Sebagai contoh, proxy server dapat menapis traffic berdasarkan IP address atau protocol. Jika permintaan tersebut disahkan oleh penapisnya, maka proxy akan menyediakan apa yang diminta dengan menyambungkan ke server yang diminta dan meminta perkhidmatan daripada server tersebut untuk client nya.

Proxy server boleh digunakan untuk pelbagai keperluan antara lain:


  • Untuk menyembunyikan server tertentu dari orang ramai demi keselamatan
  • Untuk mempercepatkan akses ke resources yang diperlukan
  • Untuk membuka laman-laman web yang disekat ditempat-tempat seperti sekolah, pejabat, dan sebagainya.
  • Untuk melewati kawalan keselamatan / parental
  • Untuk melindungi identiti masa online


        Proxy server yang meneruskan permintaan dan jawapan tanpa pengubahsuaian biasanya disebut dengan get laluan atau terowong proxy. Sebuah proxy server boleh diletak di komputer client, atau di beberapa lokasi di antara client dan server-server yang dituju.

          Reverse proxy adalah sebuah proxy yang digunakan sebagai front-end, dengan maksud untuk mengawal dan melindungi akses ke sebuah server atau private network. Biasanya reverse proxy melakukan hal-hal seperti load-balancing, authentication, decryption, atau caching.

Wednesday, 6 May 2015

Sistem Nukleus

Untuk mengkaji binaan sistem pengoperasian,  satu sistem yang hipotetik yang menggambarkan prinsip-prinsip asas (sistem umum) perlu dibina di kertas.  Struktur akhirnya akan menyerupai sebiji bawang dengan setiap lapisan menyediakan satu set fungsi yang saling berkaitan dengan lain-lain lapisan.  Penerangan / pembinaan akan dimulakan dari lapisan yang paling dalam menuju ke lapisan luar seperti lapisan pengurus ingatan,  i/o,  sistem fail dan lain-lain.

Tidak semua sistem pengoperasian dibina oleh struktur lapisan sekemas ini.  Struktur lapisan seperti ini dapat dilihat di dalam sistem pengoperasian UNIX,  MS-DOS,  VME untuk ICL siri 2900.


Mekanisma Sampukan


Aktiviti-aktiviti i/o boleh bertindih dengan pemprosesan dengan menggunakan 2 peranti perkakasan :

Channel

Channel  peranti yang mengawal periferal,  yang menjalankan perpindahan data di antara periferal dan ingatan tanpa melibatkan pemproses pusat.

Sampukan

Sampukan  isyarat yang mengalihkan kawalan pemproses pusat ke satu lokasi tertentu dan menyimpan nilai pengira program untuk proses yang disampuk sebelum sampukan (ke dalam ingatan).  Oleh itu sebuah program yang sedang dijalankan semasa menerima sampukan akan terhenti seketika tetapi boleh diteruskan semula kemudian.

Sampukan dari channel  isyarat menandakan data telah selesai dialihkan / dipindahkan jadi pemproses utama boleh memulakan alihan periferal (untuk meneruskan pemprosesan sementara channel mengawal peralihan) dan menerima isyarat dari sampukan apabila peralihan telah tamat.


Sistem Nukleus

Sistem pengoperasian boleh dianggap dibina oleh beberapa lapisan.  Lapisan dalam yang terakhir ialah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perkakasan mesin.  Lapisan-lapisan luar menyediakan mesin-mesin maya,  dengan itu keseluruhan binaan lapisan menghasilkan satu mesin maya untuk kegunaan pengguna.

Antaramuka utama di antara perkakasan mesin yang asas dan sistem pengoperasian disediakan oleh nukleus sistem,  lapisan dalam yang terakhir.  Nukleus menyediakan sekitaran untuk mengujudkan proses-proses seperti menangani sampukan,  beralih (switch) pemproses di antara proses dan implementasi mekanisma komunikasi di antara proses.

Sistem Nukleus mengandungi 3 program :


  • Pengurus sampukan Paras Pertama (FLIH)
  • Penjadualan Paras Bawah (Dispatcher)
  • Implementasi proses WAIT dan SIGNAL


Pengurus Sampukan Paras Pertama (FLIH)

Bertindakbalas dengan isyarat-isyarat dari luar (sampukan) dan dalam (ralat) sistem komputer.  Kedua-dua isyarat ini dinamakan sampukan.

Dua fungsi FLIH :

i. Menentukan sumber yang menghasilkan sampukan

Mekanisma sampukan diperlukan untuk menyimpan nilai pengira program (pendaftar) sesebuah proses yang disampuk dan mengalihkan kawalan ke satu lokasi tertentu di dalam ingatan.  Lokasi ini akan digunakan untuk memulakan satu program yang dipanggil rutin sampukan atau pengurus sampukan (interrupt handler) yang menentukan sumber sampukan dan memberi tindakbalas yang sepatutnya.  FLIH adalah program ringkas yang beroperasi di dalam ingatan.

Fungsi menentukan sumber sampukan dijalankan dengan melalui beberapa turutan ujian ke atas status flag semua sumber yang ada.  Turutan ujian ini dipanggil skip chain dan ditunjukkan seperti Rajah 3.3 di bawah :



ii. Memulakan layanan untuk menangani sampukan

Fungsi FLIH yang kedua ilah memulkan sampukan dengan memanggil rutin layanan yang bersesuaian dengan jenis sampukan (sama ada peranti i/o,  ralat).  Tindakan rutin-rutin layanan sampukan (dijalankan dalam mod supervisor) adalah sangat minima (seperti memindahkan satu aksara dari peranti input ke dalam penimbal (buffer) dan tindakan selanjutnya (seperti apa yang perlu dilakukan kepada aksara itu) akan diserahkan kepada proses yang dilaksanakan di dalam mod pengguna.

Mod supervisor ialah keadaan di mana arahan-arahan istimewa dilaksanakan oleh sistem pengoperasian.  

Arahan-arahan istimewa :
  • menangani sampukan
  • mengalihkan pemproses di antara proses
  • menjalankan i/o
  • menghentikan pemproses pusat
  • mencapai pendaftar yang digunakan oleh perkakasan pelindung ingatan

Penjadual Paras Rendah (Dispatcher)

Dispatcher akan bertindak apabila ada sampukan dalam / luaran

i. proses yang sedang berjalan terhenti
sesebuah pemproses sangat diperlukan di tempat lain


Implementasi wait dan signal

Implementasi wait dan signal ini perlu ada dalam nukleus kerana :

  • Semua proses memerlukannya untuk diimplemen pada paras bawah
  • Operasi wait adalah untuk blok proses dan menyebabkan dispatcher melokasi semula pemproses.  Seterusnya operasi wait mesti membuat capaian kepada dispatcher.
  • Untuk memulihkan semula proses kepada keadaan running ialah dengan memberi signal.  Seterusnya signal mesti boleh capai rutin interrupt.







Struktur Asas Sistem Pengoperasian

 Struktur Asas Sistem Pengoperasian

Keupayaan sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya.  Misalnya Unix,  sistemnya mengandungi beberapa keperluan di antaranya :


Sistem pengoperasian
      Contoh : program loader,  arahan penterjemah

Bahasa pemproses 
Contoh : compiler dan linker C

Utiliti
    Contoh : teks editor,  terminal emulator
 
Subrutin library
      Contoh : lib.c,  include fail

Sumber bahan-bahan fizikal sistem pengoperasian : pemproses,  ingatan utama,  storan sekunder,  peranti i/o.

Perkhidmatan yang diberi oleh sistem pengoperasian : antaramuka pengguna,  keselamatan data.

Secara amnya sistem pengoperasian ialah program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel).

STRUKTUR  SISTEM PENGOPERASIAN

Rajah 2.1 di bawah menunjukkan struktur bagi Sistem Pengoperasian di mana terdapat bahagian-bahagian Program Aplikasi dan juga Sistem Program.




STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN

Perkakasan

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer  terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.

Perisian

Perisian  sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan
Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.

Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.

CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN

Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :-

Serentak

Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari,  (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan).  Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.

Masalah : 1.  Penukaran daripada satu aktiviti kepada  aktiviti
yang lain
Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.

 Perkongsian

Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber komputer,  data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut :


  • Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.


Kelebihannya :  penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.
Kongsi aturcara dan rutin


  • Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan,  penyusunan dikongsi penggunaannya.


Kongsi data

Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan.  Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.

Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti,  fail,  aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :


  • Peruntukkan sumber bahan
  • Capaian data
  • Perlaksanaan aturcara dengan serentak
  • Perlindungan data dari kerosakan


Storan Jangka Panjang

Dengan keperluan perkongsian data,  aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM,  storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :

Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah
Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.


CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN
   
Keberkesanan (cekap dan tepat)

Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah  yang agak cepat.  Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik,  ianya diukur mengikut :


  • Masa purata di antara kerja-kerja
  • Masa pemproses pusat yang terbuang
  • Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok
  • Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda
  • Penggunaan sumber-sumber sistem komputer


Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak.  Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.

Kebolehpercayaan

Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.


Mudah Diselenggarakan

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.


Saiz Kecil

Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai  saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.




Tuesday, 5 May 2015

Jenis-jenis Sistem Pengoperasian


Jenis-jenis Sistem Pengoperasian

Sistem Pengoperasian terbahagi kepada 4 jenis :-

  • Sistem Berkelompok
  • Sistem Multipengaturcaraan
  • Sistem Perkongsian Masa
  • Sistem Agihan



Pemprosesan Berkelompok

Sistem di luar talian telah mengurangkan masalah pergantungan input output kepada tenaga manusia.  Dalam usaha untuk menghapuskan langsung ini,  suatu teknik yang tertentu diperlukan bagi membolehkan input output dikendalikan serentak dengan pemprosesan.  Teknik ini telah dapat digunakan dengan terciptanya dua perkakas yang dikenali sebagai pemprosesan input output atau saluran dan sampukan.

Pemprosesan input output seperti yang telah disebutkan adalah satu peranti yang boleh mengawal satu atau lebih periferal atau ingatan tanpa melalui pemproses pusat.  Sampukan pula adalah satu isyarat yang memindahkan kawalan pemproses pusat kepada satu lokasi yang tertentu dan pada masa yang sama juga menyimpan nilai pembilang arahan yang lepas.  Justeru itu sampukan akan menyebabkan satu-satu aturcara yang sedang dilaksanakan pada masa itu akan dihentikan untuk sementara waktu tetapi boleh disambungkan semula pada masa akan datang.

Sampukan yang datangnya daripada pemproses input output boleh digunakan sebagai isyarat yang menandakan bahawa perpindahan data telah selesai dilakukan.  Justeru itu pemproses pusat boleh memulakan perpindahan data dan kemudiannya meneruskan pemprosesan semasa saluran mengawal perpindahan tersebut.  Apabila perpindahan data itu selesai,  saluran akan menghantar isyarat kepada pemproses pusat.

Dengan itu kerja-kerja boleh dibaca ke dalam satu media yang sesuai,  biasanya cakera ataupun drum dan   kemudian melaksanakannya satu demi satu pada masa kerja-kerja lain sedang dibaca.  Untuk menentukan kerja yang sepatutnya dijalankan pada suatu ketika satu rutin tambahan telah digunakan. Rutin ini dikenali sebagai penjadual.

Multi-pengaturcaraan

Sistem berkelompok satu aliran ini telah menimbulkan pembaziran kerana pada setiap ketika keseluruhan mesin ditumpukan hanya untuk melaksanakan satu kerja,  tanpa mengira sebesar mana kerja tersebut.  Masalah ini telah dapat diatasi dengan menggunakan idea multi-pengaturcaraan iaitu satu teknik untuk menjalankan beberapa aturcara pada satu mesin pada masa yang sama.  Beberapa aturcara dimasukkan ke dalam ingatan secara serentak dan pemproses pusat membahagikan masa untuk memproses tiap-tiap aturcara tersebut.  Semasa perlaksanaan program-program biasanya dilihat kepada 2 fasa iaitu intensif-komputeran (kotak lorek) dan intensif i/o (tanpa lorek).




Berdasarkan Rajah pertama  Perlaksanaan Berjujukan,  program-program sesiri menyebabkan sama ada pemproses atau peranti i/o menjadi idle pada suatu masa walaupun kerja-kerja input sentiasa ada.  Cara mengatasi masalah ini ialah dengan senario kedua Perlaksanaan Multi-pengaturcaraan.

Bermulanya dengan pemproses melaksanakan program 1,  kemudian program 1 perlu tunggu peranti i/o maka pada masa yang sama program 2 dilaksanakan oleh pemproses.  Bila sebahagian kerja program 2 habis,  pemproses diakhirkan kepada program 1 semula,  begitulah seterusnya.  Dengan ini prestasi o.s meningkat dengan beberapa program dilaksanakan serentak,  penggunaan pemproses 100%.

Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing System)

Sistem ini sangat popular dalam mewakili sistem multi-pengaturcaraan,  multi-user.  Kebiasaannya sistem CAD dan pemprosesan teks menggunakan sistem perkongsian masa.
Objektif utama sistem multi-user dan time sharing adalah masa tindakbalas yang baik.
Penjadualan : Round Robin (ada masa insan (time slicing)).
Program yang dilaksanakan mempunyai giliran keutamaan yang meningkat  semasa menunggu dan menurun selepas khidmat diikut.
Pengurusan ingatan : Resident program,  time sharing menyediakan perlindungan dan mengasingkannya,  kawalan ke atas perkongsian perlu untuk memelihara ingatan semasa pertukaran data dan program.
Biasanya dalam sistem time-sharing,  program-program jarang  berkomunikasi di antara 1 masa laian kerana hanya untuk pengguna yang berlainan.
Pengurusan i/o : mesti canggih kerana mengendalikan multi-user dan peranti-peranti.  Pemproses ke atas sampukan terminal tidak perlu masa kritikal  kerana kelajuan terminal dan pengguna adalah kelajuan terminal dan pengguna adalah relatifnya perlahan.
Memastikan kesepaduan (integrity) sistem dan prestasi yang baik apabila membuat perlokasian dan lokasi semula peranti-peranti.
Pengurusan fail : capaian fail boleh serentak,  ada kemungkinan berlaku percubaan capaian yang konflik maka pengurusan fail mesti menyediakan kawalan perlindungan (protection dan capaian serentak)

Sistem Masa Nyata

Sistem ini digunakan dalam persekitaran bilangan peristiwa yang banyak dan diproses masa yang singkat.  Contoh,  penggunaannya ialah kepada industri kawalan,  peralatan pensuisan telefon,  kawalan kapalterbangdan simulasi masa nyata.  Biasanya digunakan pada ketenteraan.


Objektif utama :
sistem masa-nyata adalah  menyediakan masa tindakbalas ke atas sesuatu kejadian dengan pantas dan memenuhi penjadualannya.
Objektif kedua:
mempertimbangkan keselesaan pengguna dan penggunaan
sumberbahan.

Penjadualan ingatan : Secara perbandingan dengan jenis multi-pengaturcaraan yang lain,  sistem ini kurang permintaan ke atas pengurusan ingatan.
Sebabnya banyak proses-proses berada dalam ingatan permanent supaya mendapat maklumbalas dengan cepat.
Pergerakan di antara ingatan utama dan ingatan sekunder adalah sedikit.

Pengurusan Peranti : Masa kritikal pengurusan peranti adalah satu daripada ciri-cirinya.  Ciri-ciri tambahan seperti mengurus sampukan dan i/o buffering serta menyediakan panggilan sistem supaya membenarkan pengguna berhubungan antara satu sama lain.

Pengurusan Fail : Biasanya sistem masa nyata yang besar saja ada storan sekunder,  contoh : kawalan otomatif tidak langsung memerlukan storan sekunder          walaubagaimanapun jika ianya ada dalam sistem ini maka semua   keperluan yang terdapat pada sistem  multi-pengaturcaraan yang lain perlu ada kepada sistem masa nyata.
Objektif utama pengumpul adalah kelajuan capaian bukannya  penggunaan storan sekunder yang berkesan.

Sistem Pengoperasian Agihan (Distributed O.S)

Sistem komputer agihan adalah satu gagasan sistem komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan dan perisian (saling berhubung melalui hubungan komunikasi dan protokol).

Objektif utama sistem pengoperasian ini adalah lutsinar.  Iaitu pengagihan komponen dan sumberbahan disorok dari pengetahuan pengguna dan program applikasi melainkan jika diminta.

Sistem ini menyediakan perkongsian sumberbahan,  mengurus capaian jauh sumberbahan,  komunikasi dengan proses-proses yang jauh dan sebagainya.  Dalam menyatukan sumberbahan berkongsi maka di antara perkhidmatan yang perlu adalah global naming,  sistem fail agihan dan menyelia pengagihan pengkomputeran seperti komunikasi internal proses dan panggilan jauh .

Contoh-contoh Sistem Pengoperasian.

Terdapat beberapa contoh Sistem Pengoperasian yang terdapat dalam pasaran sekarang seperti  :-


  • MS-DOS (PC-DOS) O.S - Single-user,  single process.
  • Unix O.S - multi-user time sharing O.S.
  • iRMX86 o.s. - real-time o.s oleh intel.
  • WINDOWS
  • OS2 dan lain-lain lagi.


Sejarah Sistem Pengoperasian


Sejarah Sistem Pengoperasian

Perkembangan sistem pengoperasian boleh dibahagikan kepada 4 generasi utama.

Generasi Pertama (1945  1955)  Tiub vakum dan papan palam
Dalam generasi yang pertama ini beberapa saintis telah berjaya membina sebuah mesin pengira yang menggunakan tiub vakum.  Sistem ini menggunakan beribu-ribu tiub vakum yang memenuhi seluruh ruang bilik,  tetapi tindakbalas terlalu perlahan meskipun harganya murah jika dibandingkan dengan komputer yang ada masa kini.

Dalam masa tersebut,  sekumpulan manusia merekabentuk,  membina dan mengendalikan satu mesin.  Semua aturcara dibuat menggunakan bahasa mesin dengan menyambungkan papan palam untuk mengawal fungsi asas sesuatu mesin.  Awal 50-an kad tebuk diperkenalkan.

Generasi Kedua (1955-1965)  Transistor dan Sistem Berkelompok
Pertama kalinya ada pengasingan di antara perekabentuk,  pembina,  pekerja,  juruaturcara dan penyelenggara sesebuah mesin.  Mesin ini cuma boleh dikendalikan oleh pekerja profesional.  Hanya syarikat yang besar,  badan kerajaan dan universiti sahaja yang mampu memiliki mesin ini.  Sistem ini banyak membuang masa,  maka dari itu sistem berkelompok diperkenalkan.
Idea sistem berkelompok ini adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat sebagai masukan dan disalin ke pita bermagnet dengan menggunakan komputer kecil tapi mahal seperti IBM 1401.  Komputer ini sangat baik dalam membaca kad,  menyalin pita dan menghasilkan keluaran tetapi tidak bagus dalam pengiraan.

Generasi Ketiga (1965-1980)  Litar Bersepadu dan Multi-pengaturcaraan
Awal 60-an kebanyakan pembuatan komputer terdapat dua perbezaan utama.  Pertama komputer 7094 direkabentuk untuk kegunaan pengiraan matematik dalam sains dan kejuruteraan.  Komputer 1401 pula penggunaannya sangat meluas dalam menyusun pita dan mencetak.  Sering digunakan oleh bank dan syarikat insuran. 

Sistem multi-pengaturcaraan mula diperkenalkan untuk komputer 7094.  sistem ini direka untuk mengelakkan masa menunggu terlalu lama.  Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan membahagikan ingatan kepada beberapa ruang dengan fungsi setiap bahagian yang berbeza.

Generasi Ke-empat (1980-1990)  Komputer Peribadi
Kebanyakan komputer peribadi ini digunakan dalam bidang perniagaan,  
universiti dan badan kerajaan dengan menggunakan satu stesen kerja yang disambung dengan menggunakan rangkaian.  Komputer peribadi ini mudah digunakan dan mempunyai perisisan yang canggih.  Pertengahan 80-an rangkaian komputer peribadi ini menjalankan sistem pengoperasian rangkaian dan sistem pengoperasian agihan.

Konsep Umum Sistem Pengoperasian


Konsep Umum Sistem Pengoperasian    

    Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.

     Dalam bidang perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer. Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya, semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.
Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua  urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.

    Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat  diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.


Definisi Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian boleh didefinisikan sebagai suatu aturcara kawalan utama sesuatu komputer.  Ia memperuntukkan antara muka pengguna yang mentafsirkan perintah yang dimasukkan oleh pengguna,  menjadualkan kerja,  menguruskan storan dan mengendalikan komunikasi dengan persisian.  Semua pengguna mesti berkomunikasi dengan sistem pengoperasian.

Kegunaan Sistem pengoperasian 

Di antara kegunaan Sistem Pengoperasian ialah :-
Memastikan kerja-kerja pengguna dapat dilakukan dengan teratur
Mentafsirkan perintah-perintah pengguna
Mengendalikan sebarang ralat yang terdapat
Mengendalikan input output
Mengendalikan sampukan
Menguruskan ingatan